August 28, 2006

Scousers mudah lupa?

Walau berbagai rintangan telah kami lalui di bawah naungan Houllier, walau telah 16 tahun kami ketandusan Piala League, Scousers tidak mudah lupa asal usul kami.

Walau apa yang orang kata, Kolam Hati tetap kelab bolasepak yang paling berjaya di England.

18 First Division Titles. 7 FA Cups .7 League Cups .5 UEFA Champions League Cups. 3 UEFA Cups.

Statistik tidak menipu.

Scouser tidak mudah lupa sejarah kami yang gilang-gemilang.

Sebab hanya Scousers Boleh! Kelab lain tak boleh.

Kolam Hati tetap di hati kami.

Bangunlah wahai Scousers semua. Perjuangan kita belum berakhir.

Tunggu dan lihat.

Revolusi Rafalution akan membawa Kolam Hati ke tahap tertinggi, sekali lagi. Kita akan merah menyala mara ke hadapan. Dengan harapan merah membara di hati.

Scousers tidak mudah lupa.

Kami juga tidak lupa kutukan pedas dan sindiran sinis lebih dari 10 tahun dari peminat Tahi Lembu and sejak 2 tahun kebelakangan ini, peminat Orang Kaya Baru.

Dan kamu juga tidak sepatutnya lupa reputasi kami sebagai peminat paling samseng.

Awas!

Kami akan curi hubcab kamu dan belasah buntut kamu baik-baik!

Kerana Scousers tidak mudah lupa.

Dan kami tidak berjalan seorang diri.



Saya yang menurut perintah,
Lily Liverbird,
Setiausaha Sulit
Kelab Scouser HantuBola.

No comments: